Pemilik Kafe dakwa wanita persis Zalina Azman muncul di kafenya dalam keadaan cemas dan menggigil ketakutan

encik gotenks
0

Sejak dari semalam, heboh di media sosial apabila seorang bekas personaliti tv3 iaitu Zalina Azman yang dikatakan hilang sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Mungkin sedikit petunjuk, seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai Mosyuki Borhan telah mendakwa seorang wanita seperti Zalina muncul di kafe miliknya iaitu Dos Cafe di Sesyen 9 Shah Alam, Selangor kira-kira 1 petang dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.

Mosyuki berkata, reaksi wanita itu mungkin disebabkan di dalam kedainya terdapat banyak besi.

Bercerita lanjut mengenai wanita itu, Mosyuki berkata, pada awalnya individu itu kelihatan takut untuk masuk ke dalam restoran dan dia berdiri lama di hadapan pintu.

Tidak pasti mengapa dia berkelakuan demikian namun wanita itu mungkin teragak-agak untuk masuk kerana tombol pintu diperbuat daripada besi.

"Masa nak keluar kedai, dia Ianggar sahaja pintu sebab tidak mahu pegang tombol. Saya kasihan melihatnya. Nampak macam kelaparan tapi dia terus berlalu pergi sebab dia macam insecure, takut dan rasa terancam.

"Kami pun ikut keluar kedai dan tengok arah mana dia pergi. Dia berjalan tanpa arah macam mencari sesuatu. Laju," jelasnya.

Ketika itu kami cuma berharap dia selamat sahaja masa itu malah tidak sempat untuk menawarkan makanannya kepadanya.

Insiiden yang melekat di minda Mosyuki itu membuatnya tersentak apabila pada malam Isnin mereka membaca laporan tentang kehilangan seorang bekas personaliti televisyen terkenal.

Mosyuki memberitahu dia menjadi tidak senang duduk dan rasa berdebar kerana teringatkan wanita yang datang ke kedai mereka.

Tidak berlengah, dia terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis, Shah Alam.

"Sebab perwatakan, saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama macam dalam laporan polis.

"Polis kata pemakaian dia sama macam masa dia hilang. Pakai jaket apa semua," ujarnya.

Sementara itu, Mosyuki berkata, meskipun belum dipastikan wanita yang hadir ke restorannya itu adalah Zalina namun dia terpanggil untuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang ada kaitan dengan misteri kehilangannya.

"Pertama kali saya tengok orang takut besi. Saya bimbang wanita ini pernah kena cuIik ke atau disekksa ke sampai traauma dengan besi.

"Dia pegang duit macam itu sahaja, tiada dompet atau barangan lain. Kasut pun pakai tidak betul sebab tali tidak berikat," katanya.

Mosyuki turut berharap pihak polis akan menyemak kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi membantu misi pencarian Zalina.

"Saya harap kalau yang datang itu Zalina Azman, semoga dia dijumpai, dia nampak sangat ketakutan.

"Kalau pun itu bukan dia, harap wanita itu pun selamat," katanya.

Berita kehilangan Zalina atau Zalina Shaharah Azman, 58, yang didedahkan polis Isnin menggemparkan apabila bekas personaliti TV3 itu gagal dijejaki sejak November tahun lalu.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)