Netizen terkejut lihat penampilan terbaru Ellie Suriaty, cantiknya sungguh luar biasa, mengalahkan anak dara

encik gotenks
0

Bulan lalu dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penceraian pasangan selebriti popular, Ellie Suriaty dan bekas suaminya Azri Iskandar.

Rumahtangga yang telah dibina selama 19 tahun akhirnya runtuh jua akhirnya, Ellie berkata keputusan untuk merujuk tiada dalam prinsip hidupnya dan tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh bekas suaminya.

Kata Ellie lagi, dia berharap Azri tidak memperjudikan erti perkahwinan dan hidup seseorang serta mengambil serius apatah lagi ianya melibatkan perkahwinan.

“Kita dah pernah hidup bersama, cuma saya tak mahu lihat hidup dia sedih. Kalau dia nak kahwin lain, jangan main-main dengan perkahwinan atau hidup orang,” katanya.

Apabila ditanya adakah dia cemburu bekas suaminya mahu berkahwin semula, Ellie berkata dia tidak cemburu. Dalam pada itu, Ellie turut berharap agar bekas suamiya itu berkahwin sebaik sahaja tempoh edahnya habis.

“Pasal cemburv, saya memang tak cemburu. Saya tak sakit hati, malah saya sudah bersiap sedia untuk setiap perkara yang akan terjadi di depan.

“Cuma mustahil kenal dua atau lima hari sudah ajak bernikah. Saya rasa ya, dua hari selepas bercerai nak kahwin tapi sebelum kami bercerai mungkin hubungan itu sudah berlaku.

“Kalau tanya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari. Kahwinlah pada hari ke-101 apabila edah saya sudah habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan Azri,” katanya.

Terdahulu, Azri mengejutkan ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Dr Azra Diera selepas 12 hari bercerai.

“saya tk mahu lihat hidup dia sedlh.. Jgn main-main kehidupan orang” Ellie Suriaty pesan sesuatu pada bkas suami

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Google

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)