Netizen hairan, lawa macam artis macam ni kenapa pilih kerja jadi pengawal keselamatan

encik gotenks
0

Mengapa pekerjaan seperti pengawal keselamatan seringkali dipandang lekeh oleh sesetengah masyarakat?

Seperti yang dialami Siti Nurulatiqah Nawawi, bukan sahaja pernah dimaki secara berhadapan, video yang dimuat naik di media sosial turut dipenuhi kata-kata kecaman termasuk memperkecilkan tahap pendidikannya.

Bagaimanapun, setiap penghinaan yang dilemparkan itu dijadikan penguat semangat untuknya terus berkhidmat dengan cemerlang sebagai pengawal keselamatan.

Malah dia cekal berpegang pada pesanan bapanya agar bekerja dengan sepenuh hati demi mencari rezeki yang halal.

Ketika dihubungi mStar, ibu tunggal kepada empat cahaya mata ini memberitahu, dia mula berkhidmat sebagai pengawal keselamatan pada Januari 2021 selepas mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarga di Kuala Krai, Kelantan.

"Saya bercerai pada 2020 dan kebetulan pada masa itu ayah saakit, jadi dapat peluang untuk menjaga ayah. Apabila ayah sihat, saya ke Kuala Lumpur untuk bekerja tapi akhirnya pulang semula ke kampung halaman selepas beberapa bulan.

‌"Bermula Januari tahun lepas, saya ditawarkan kerja sebagai pekerja pembersihan... kira-kira beberapa minggu selepas itu, permohonan untuk menjadi pengawal keselamatan di sebuah hospital di Kelantan diterima dan saya mengambil peluang tersebut kerana tawaran gaji lebih baik," ujarnya.

Dia yang mesra dipanggil Atiqah memberitahu, sejak memulakan kerja tersebut, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi termasuk dimarahi orang awam yang datang melawat.

Bercerita lanjut, wanita berusia 30 tahun ini berkata tugas sebagai pengawal keselamatan bukanlah mudah seperti anggapan sesetengah pihak.

Ini kerana katanya, ramai yang menyangka mereka hanya duduk sahaja di ruangan pos sambil bermain telefon atau membuat TikTok.

“Memang nampak mudah seperti yang diperkatakan orang tapi sebenarnya kami juga mempunyai hari-hari yang sukar dan ia diseimbangkan melalui pertukaran shift.

“Kalau shift ringan, memang orang awam akan nampak pengawal keselamatan duduk sahaja sambil pegang telefon tapi kalau tiba pada shift sukar, kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Seperti di hospital, antara pos sukar adalah wad bersalin kerana kebanyakan pesaakit terdiri daripada orang asli. Segelintir masyarakat orang asli akan melarikan diri kerana bosan tinggal di wad dan mereka juga sangat agresif.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mstar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)