Mental saya terganggu, suami pula sibuk berminggu-minggu kerja di Thailand, kata Nadya Syahera

encik gotenks
0

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Nadya Syahera yang memilih untuk meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam di hati menerusi media sosial mengenai suaminya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nadya mengakui tertekan kerana suaminya, Fizul Nawi terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga dia terpaksa menguruskan anak-anak sendirian.

Kata Nadya lagi, dia tidak tahu untuk meluahkan pada siapa sehingga mentalnya terganggu apatah lagi suaminya seolah tidak peduli tentang apa yang dirasainya.

“Dah la keluar bekerja ke Thailand berminggu-minggu tinggalkan saya dengan tiga orang anak terkontang-kanting. Saya tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.

“Kalau nak keluar bawa semua anak. Susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu. Tetapi saya selalu pujuk hati katakan orang lain lebih susah.

“Saya cuma penat pendam, tiada ruang nak bercakap dan jelaskan dekat dia (suami), Sibuk dengan kerja 24 jam. Kadang-kala kalau saya cakap, masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sebab apa saya cakap dia tidak ambil peduli,” tulisnya.

‌Dalam pada itu, Nadya berkata suaminya pulang lewat malam sehingga dia terpaksa menunggu untuk membuka pintu rumah.

Kata Nadya lagi, dia turut kasihankan anak-anaknya yang menjadi tempat melepaskan marah kerana dia tertekan dan penat.

Sebelum ini, Nadya dan Fizul pernah mengalami masalah rumah tangga pada 2019 selepas pelakon itu mendedahkan kecurangan suaminya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Roti Kaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)