Majikan tersaIah masukkan duit RM7000 ke dalam akaun, bekas pekerja enggan pulangkan kembali duit walaupun diminta

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

Korang pernah tak tersalah masuk duit dalam akaun orang lain? Kalau orang tu tak nak pulang balik, selalunya bank mesti akan cakap “tak ada apa yang kami boleh buat, cik” lepastu korang akan blame diri sendiri sebab tak check betul-betul dan redha je. Kan?

Macam dua bekas pekerja kilang ni yang dapat durian runtuh bila manager HR kilang yang dorang kerja dulu termasukkan gaji (RM5,161.48 dan RM2,138.08) ke dalam bank akaun dorang walaupun dah berhenti kerja beberapa bulan lepas.

Menurut NST, lepas dua lelaki ni sedar yang bank dorang tiba-tiba ada duit banyak, dorang dah plan nak belanjakan duit ni.

Malangnya, dorang tak dapat nak teruskan rancangan dorang lepas kilang di Gebeng, Pahang ni minta dorang pulangkan balik duit tersebut.

Pun begitu, dua lelaki ni berdegil dan enggan pulangkan wang tersebut.

Ketua Jabatan Siiasatan Jeenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof mengatakan lepas dah transfer gaji tu, barulah pengurus tu perasan yang dua lelaki ni dah berhenti kerja dua bulan lepas.

Menyedari kesilapannya, syarikat ini telah menghubungi dua bekas pekerja ini tapi mereka enggan bekerjasama.

Kami dapat aduan dari pihak syarikat dan akan jalankan siasatan untuk mengesan dua individu ini.”

Majikan Tersilap Masukkan Duit RM7K Lebih Dalam Akaun, Bekas Pekerja Enggan Pulangkan Duit

Wazir kemudian menambah, kes ini disiasat di bawah Sesyen 406 yang membolehkan dua lelaki ni dipenjaarakan maksimum 10 tahun termasuk sebaatan atau deenda. Wooo

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Saja Gempak

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)