Kontroversi berpeIuk dengan Intan Najuwa di Genting Highlands, Aliff Aziz Anggap ini semua adalah ujian kepadanya

encik gotenks
0

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila tular video pelakon Aliff Aziz berpeIuk dengan aktres, Intan Najuwa di Genting Highlands.

Difahamkan, kedua pelakon itu sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodohku Babysitter yang kini sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Selepas selesai menguruskan kedua cahaya matanya yang mengalami demam panas, Aliff akhirnya tampil menjelaskan mengenai video itu menerusi sesi Live di IG semalam.

Aliff mengakui dia bukan manusia sempurna dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian buat dirinya serta menerima setiap teguran secara terbuka.

“Saya nak jelaskan di sini saya pun manusia biasa. Ini bukan satu alasan kerana seperti yang ada memberi teguran..niat dan matlamat tidak menghalal cara. Saya setuju 100 peratus.

“Saya yakin ramai orang yang sayang saya. Saya bersyukur Allah hantar ramai orang untuk menegur dengan cara baik mahupun tidak. Mungkin ini adalah teguran kepada saya untuk lebih berhati-hati insya-Allah..

“Dalam kehidupan ini penuh ujian dan ini adalah salah satu ujian kepada saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan, risau dan sayang akan saya,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai netizen menggelarkan dirinya penunggang agama, penyanyi itu berkata dia masih Aliff yang dahulu.

“Macam-macam komen saya terima. Itu hak masing-masing. Ada cakap saya tunggang agama, saya masih tak berubah.. Saya sebarkan dakwah bukan kerana saya orang alim atau warak.

“Saya penuh kisah silam. Banyak lagi perlu diperbaiki dan dipelajari. Sebenarnya semua orang nak jadi baik.. cuma perjalanan kita berbeza,” katanya.

Mengakui kesilapannya, Aliff memohon maaf kepada mereka yang terguris dengan tindakannya itu serta akan lebih peka di masa akan datang.

“Niat dan matlamat tidak menghalalkan cara dan saya perlu peka. Saya mohon maaf kepada semua sekiranya ada rasa kecewa, hampa sedikit,” katanya.

Sumber Artikel Roti Kaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)