Seperti kita sedia maklum, kita sekarang berada di dunia yang didominasi dengan media sosial.
Boleh dikatakan tidak sah jika dalam satu keluarga itu tidak ada seorang pun yang menggunakan platform media sosial.
Untuk kebelakangan ini, tiktok merupakan platform media sosial yang paling sohor apabila ramai anak muda yang menggunakan perkhidmatan ini.
Pelbagai trend yang jadi ikutan anak muda terutamanya.
Baru-baru ini viral di tiktok apabila satu perkongsian yang memaparkan seorang pelajar perempuan 10 tahun menanggung derita yang agak teruk kerana terikut trend di Tiktok yang menarik minatnya.
Murid ini mengalami keradangan teruk di kulit tangannya hingga berkemungkinan perlu untuk menjalani pembdahan plastik.
Memetik artikel yang ditulis sajagempak.com, Menurut ibunya, anak perempuannya itu terikut-ikut dengan trend viral di Tiktok iaitu menyembur deodoran terus ke kulit tangan.
Ketika itu anak perempuannya sedang bersama dengan rakannya dan mereka melihat seoprang pengguna Tiktok melakukan perkara tersebut dan mereka mahu mencubanya sendiri.
Pelajar perempuan itu menyembur deodoran itu dalam jarak lebih kurang 1 inci dari kulitnya dan berhenti selepas 10 saat.
Namun begitu, reaksi semburan bahan dalam deodoran itu kemudiannya menyebabkan kulit pelajar ini mengalami keradangan teruk.
Ibunya yang mengetahui kejadian yang berlaku kepada anaknya itu kemudian cuba merawatnya sendiri di rumah mereka selama lebih kurang 24 jam.
Namun keadaan anak perempuannya masih tidak pulih dan akhirnya mereka pergi mendapatkan rawatan di hospital keesokkan harinya.
“10 saat kebodohan jadi punca dia mengalami kesakiitan selama dua tahun,” kata ibunya.
Menurut doktor yang merawat anaknya, kesan radang di kulit anaknya mungkin mengambil masa 18 bulan hingga dua tahun untuk sembuh sepenuhnya.
Anaknya juga dirujuk kepada pasukan pembdahan plastik dan ada kemungkinan anak perempuannya perlu menjalani pembedahan plastik untuk pulih.
Ibu pelajar ini kemudiannya mengingatkan ibu bapa dan penjaga di luar sana agar mendidik dan sentiasa memantau anak mereka dan jangan biarkan mereka terikut-ikut trend bodoh seperti ini.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Saja gempak