Kalau pelanggan tengok price tag semasa shopping, dia dianggap miskin, kata pembantu jualan

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan.

Baru-baru ini viral satu posting di media sosial yang dikongsikan oleh Teepr media yang berpusat di Taiwan yang mendakwa seorang pembantu jualan telah mendedahkan satu kenyataan bahawasanya, jika pelanggan itu hanya sekadar melihat-lihat tanda harga sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu dianggap tidak mampu atau ‘miskin’.

“Jika anda melihat tanda harga atau membalikkan tanda harga, anda mungkin miskin. Saya tidak akan membuang masa saya untuk [melayan] pelanggan seperti itu.”

"Saya dah bekerja sebagai jurujual selama 7-8 tahun dan kebiasaannya apabila saya mendapati pelanggan melihat tanda harga, mereka memang tidak akan membeli barangan tersebut.

"Pernah sekali ketika saya sedang melayan pelanggan, manager menjerit terhadap saya melalui 'earphone' dan menyuruh saya jangan bazirkan masa sangat melayan pelanggan itu.

"Akhirnya, pelanggan itu hanya menyentuh barangan itu sedikit dan terus keluar," katanya.

Hantaran itu telah mendapat perhatian dan reaksi berbeza dari netizen, namun rata-rata dari mereka terkejut dengan pendedahan yang meragukan dari wanita itu yang tergamak memandang rendah terhadap pelanggan hanya kerana mereka melihat tanda harga barangan.

"Saya rasa dia cakap macam tu sebab dia masih lagi bekerja sebagai jurujual. Dia tidak sepatutnya menilai orang seperti itu," kata netizen.

"Saya pun tak nak bazirkan masa dengan jurujual yang suka memandang rendah pada orang lain," tambah netizen lain.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : World of Buzz

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)