Kereta kini adalah satu keperluan terutamanya bagi mereka yang menggunakannya untuk ulang alik ke tempat kerja.
Siapa yang bekerja di bandaraya terutamanya bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, Johor dan Pulau pinang pasti tidak boleh lari dengan kesesakan lalulintas.
Menurut satu laporan yang ditulis blog maukerja, pakar penyelidik telah membuktikan bahawasanya kajian membuktikan jika kita bawa kereta setiap hari akan beri kesan kepada otak.
Seorang Epidemiologist dari University of Leicester memberitahu bahawa memandu bukan sahaja memberi kesan buruk pada jantung ia juga memberi kesan buruk kepada otak kita. Tapi apa kesahihannya?
Minda Kita Kurang Aktif Sepanjang Sedang Memandu
Kajian memberi tumpuan kepada 500,000 orang di antara umur 37 dan 73 yang mengambil ujian kecerdasan dan ingatan selama lima tahun .
93,000 daripada mereka memandu lebih daripada dua atau tiga jam sehari. Pada permulaan kajian, skor IQ mereka lebih rendah daripada peserta yang memandu dalam tempoh singkat atau tidak memandu terus.
"Penurunan kognitif dapat diukur selama lima tahun kerana ia boleh berlaku dengan cepat di kalangan pertengahan umur dan lebih tua," kata Bakrania "Ini dikaitkan dengan faktor gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang tidak baik-dan sekarang dengan masa memandu." Tambahnya.
"Bolehkah kereta moden, yang sangat terlindung dari persekitaran luar ini bertanggungjawab untuk mengubah pengalaman memandu ke sesuatu yang lebih kurang sama menonton TV, sejauh mana fikiran anda?" katanya lagi
Memandu Tidak Seperti Menghadap Komputer
Kajian itu juga mendedahkan bahawa menggunakan komputer, sama ada untuk kerja atau bermain permainan, sebenarnya meningkatkan kebolehan kognitif. Kemahiran kognitif didorong oleh orang yang menggunakan komputer sehingga dua hingga tiga jam sehari, katanya.
"Apabila menonton TV, otak anda kurang aktif tetapi menggunakan komputer, otak akan lebih merangsang dan lebih aktif" Tambahnya lagi
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : MauKerja