Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan
Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan di Sungai Siput, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.
Beliau berkata, maangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.
"Proses beedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecedeeraan pada beberapa bahagian badan maangsa akibat objek tumpul," katanya ketika ditemui sempena lawatan kerja Ketua Polis Perak ke Pulau Pangkor, di sini, hari ini.
Mior Faridalathrash berkata, susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Maangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu.
"Ibu maangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini," katanya.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian Online