Jinggo Bangga Anak Bongsu Kini Bergelar Mr. CEO

encik gotenks
0

Penerbit dan pengarah, Jinggo akui bangga dengan pencapaian anak bongsunya, Luth Mikhail yang kini bergelar ketua pengawai eksekutif di restoran perusahaannya.

Menerusi satu perkongsian, Jinggo berkata mendidik anak bukanlah perkara yang mudah namun bersyukur kerana segalanya membuahkan hasil.

Dalam pada itu, Jinggo berkata sepanjang 20 tahun dia dan isteri, Sheila Rusly telah berusaha memberikan yang terbaik buat anaknya itu.

“Dah 20 tahun teman dengan sis tengok dia depan mata tapi 2 hari ni terasa benar 20 tahun berlalu bila Luth Mikhail sudah bergelar MR CEO,” tulisnya.

Shiela dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 1996 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Luth Mikhail serta Uzair Haqimy.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Roti Kaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)