Haram sembahyangkan jenazah individu perIekeh kesucian Islam, kata Ustaz Azhar Idrus

encik gotenks
0

Jenazah individu yang menghiina agama Islam adalah haram disembahyangkan, jelas penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus.

Katanya menerusi satu ceramah baru-baru ini, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyebut individu tersebut telah diisytiharkan kafir murtad walaupun mengaku dia adalah Islam.

“Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia maati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

“Orang yang menghiina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik,” ujarnya.

Tambah Azhar, orang munafik di akhirat nanti akan berada di neraka paling bawah.

Orang Islam maaki dan hiina Islam, hina nabi, hiina al-Quran jelasnya sememangnya secara jelas murtad dan kafir.

“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.

“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah,” ujarnya lagi.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)