Golongan cerdik pandai perlu bantu kerajaan selesai masalah inflasi, isu harga ayam dan pemulihan ekonomi negara, kata Presiden UMNO

encik gotenks
0

Cendekiawan, ahli ekonomi dan ahli akademik perlu menyumbang idea membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah inflasi, isu harga ayam dan pemulihan ekonomi negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, golongan cendekiawan ini merupakan golongan bijak pandai dalam ilmu masing-masing dan sebahagian besar mereka memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di luar negara, malah dibiayai oleh kerajaan.

Menurutnya, kesemua ini adalah pencapaian Barisan Nasional (BN) yang memberikan komitmen penubuhan lebih 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) negara.

“Sekarang ini terdapat pelbagai akademi atau pertubuhan seperti Majlis Profesor Negara (MPN), Akademi Profesor Malaysia, dan pelbagai pertubuhan akademik dan terdapat pelbagai pakar misalnya ekonomi pertanian, ekonomi pembangunan dan sebagainya.

Ahmad Zahid berkata, sudah tiba masanya pelbagai pertubuhan ini bergabung menyumbangkan tenaga untuk menyumbangkan kepakaran mereka membantu memberikan strategi menangani isu ekonomi negara.

‌“Malah golongan cendekiawan yang tak menyertai mana-mana pertubuhan tersebut perlu juga dilibatkan atas nama kepentingan negara,” katanya

Jelas Ahmad Zahid, ada baiknya para naib canselor dan ahli lembaga di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta swasta (IPTS) memberikan perhatian dan keutamaan dalam membantu kerajaan mendepani ekonomi yang mencabar.

“Hasil penyelidikan yang baik tidak seharusnya berada di rak perpustakaan sahaja, atau dibaca oleh audiens jurnal yang sangat kecil pembaca, akan tetapi perlu dikongsi, dipraktis dan disebarkan kepada masyarakat awam,” katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)