Ezlynn nak cari 'madu' buat suaminya

encik gotenks
0

Baru-baru ini penyanyi terkenal negara, Ezlynn mengumumkan dia kini sudah menjadi milik kepada penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada 11 September lalu. Dan kini penyanyi dan pelakon itu tampil meluahkan hasrat hatinya yang dia kini mahu mencari madu atau 'isteri baharu' untuk suaminya lagi.

Ezlynn, 39, atau nama sebenarnya Azline Ariffin yang dihubungi berkata, keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya, selain mahu mencari 'saham akhirat'.

"Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram.

"Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju 'jannah' (syurga). Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup bermadu," katanya.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini mengakui, dia sudah mula bertanyakan beberapa orang individu dan ada yang sudah bersetuju untuk menjadi madu baharunya.

"Cuma saya masih lagi cari yang sesuai untuk dia. Suami memang tahu berkenaan perkara ini kerana saya mengutarakan 'hajat' dan kami sudah bincang mengenainya.

"Sebab itulah saya putuskan nak cari madu yang baik dan sesuai, yang sudi terima saya sebagai madu juga.

"Maksudnya berkahwin dengan saya sekalilah dan bukan dengan suami saja. Sebabnya, nanti banyak perkara perlu dilakukan oleh kami bersama," katanya.

‌Ezlynn berkata, mereka mengangkat sunnah Rasullullah SAW dan dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya.

"Kebahagian suami penting bagi saya. Dalam dunia ini saya dah tak perlu apa-apa lagi. Saya nak cari saham akhirat saja.

"Mana-mana yang boleh saya dapat reda Allah dan 'syafaat Rasulullah', saya akan ikut. Inilah hadiah buat suami saya," katanya.

Ezlynn sebelum ini berkata, Wan Hafizam, 45, memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, kerana dia mencari seorang imam dalam hidupnya.

"Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang hebat bagi saya dan tak berkira serta banyak membantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia, tapi lebih kepada akhirat," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)