Dah Masuk 40 Tahun, Kak KM Berniat Nak Kurangkan Aksi Gelek

encik gotenks
0

Usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Nabila Razman menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Malaya.

Berkongsi cerita ketika membesarkan anak-anaknya, Kak KM berkata meskipun sibuk menguruskan perniagaan namun pendidikan anak-anak tetap menjadi keutamaan.

“Syukur Alhamdullilah doa termakbul… memang seronok sangat sebab kita dah melalui macam-macam perjalanan. Terasa hilang penat lelah!

“Pendidikan anak-anak nombor satu! Itu perkara utama sebab kita pun tak berapa nak pandai jadi biarlah mereka ada pelajaran, kalau kita pergi dahulu mereka mampu meneruskan hidup tanpa kita,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu berkata dia mahu mengurangkan aksi tarian gelek apatah lagi umurnya sudah meningkat dan kini sedang hamiI empat bulan.

“Umur pun dah meningkat! Bila orang dah kenal kita rasanya tak perlu lagi buat macam dulu.

Sekarang ni pun anak dah besar, biarlah mereka pula yang gelek.

Nampak kelakar pula tengah mengandung ni nak bergelek macam tu,” ujarnya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)