Seperti yang kita sedia maklum, pasangan selebriti Azri Iskandar dan Ellie Suriaty baru-baru ini mengumumkan hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri sudah berakhir namun tidak didedahkan kepada umum sebab kenapa mereka mengambil keputusan tersebut.
Namun, dunia hiburan dikejutkan pula dengan gosip kononnya walau belum sampai sebulan bercerai, Azri Iskandar mengumumkan pula yang dia sudah menerima kekasih hati dan bakal mengahwini bakal isterinya tidak berapa lama lagi.
Memetik laporan dari portal beautifulnara, Ellie Suriaty mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah merasai lebih awal bekas suami iaitu Azri Iskandar sudah mempunyai wanita lain semasa berkahwin telah menimbulkan pelbagai spekulasi dari banyak pihak.
Kerana spekulasi yang berlaku, Azri telah bersuara dan menidakkan kenyataan yang Ellie telah keluarkan. Menurut pelakon lelaki terbabit, Ellie secara tidak sengaja telah mencalarkan imej Dr Azra Diera kerana membuatkan dirinya seakan-akan perampas.
Dalam pada itu, Azri turut menjawab persoalan orang ramai yang berkata dia move on terlalu cepat dan berkata dirinya serta wanita itu bukan lagi muda, jadi tidak perlu melambatkan perkara baik.
Sementara itu, menerusi laporan dari portal ohBulan yang telah menemubual pelakon itu, Azri tampil menafikan dakwaan tersebut.
Kata pelakon berumur 54 tahun ini, Ellie telah mencalar imej Dr Azra Diera sekaligus timbul gelaran perampas.
Tak pernah sangka dan plan pun nak bercinta (dengan Azra). Yang Ellie kata dia tau saya ada hubungan dengan perempuan lain sebelum bercerai itu tak betul!
Sumpah demi Allah. Saya sanggup dapat hukuman Allah kalau saya tipu.
Dan itu (dakwaan) membuatkan imej Azra tercalar. Silap-silap ayah dia tak nak buka pagar masa saya pergi sana sebab anak dia dituduh rampas saya. Musnahkan rumah tangga orang.. tak baik la macam tu.
Pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar juga menjawab pertikaian netizen yang mengatakan dia terlalu cepat ‘move on.’
Orang cakap kenapa cepat sangat move on? Saya dah 54 tahun manakala Azra 43 tahun. Kami bukan pasangan muda yang bercinta, kemudian bergaduh dan ulang balik benda sama.
Kami dah tua, kalau buat macam pasangan muda orang akan geli. Anak-anak pun dah besar. Jadi, biarlah kami nikah. Buat apa pun orang tak cakap apa.. dah halal. Allah pun suka.
Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim memberitahu anak-anaknya tidak menghalang untuk dia berkahwin dalam masa terdekat malah merestui hubungan dengan Dr Azra.
Mula-mula mereka terkejut la bila dapat tau. ‘Cepatnya papa, rileks dulu. Papa kan tengah bersedih. Kerja dulu cari duit dalam setahun dua.’ Bila saya cerita dekat mereka, terus okey.
Mereka doakan saya happy dengan aunty Azra. Anak sulung saya dengan Ellie semalam ada mesej. ‘Papa kalau betul nak kahwin okey la tapi bagitau mummy. Mummy kan dalam edah.’
Saya cakap ‘papa macam biasa akan bagi nafkah tapi papa tak ada edah.’ Dan saya rasa akan nikah dengan Azra pun selepas selesai edah Ellie. Proses bukan mudah, nak pergi pejabat agama, kursus kahwin lagi.
Sumber Artikel : Beautifulnara dan Oh!Bulan