Bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak bersetuju dengan langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.
Zulkarnain Idros, 57, berkata, langkah memansuhkan hukuman maati mandatori itu dibimbangi akan menyebabkan peningkatan kes kesalahan serius.
Katanya, hukuman penjara seumur hidup bukanlah hukuman yang sesuai bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengambil iktibar dan tidak melakukan jnayah berat.
"Saya memang tidak setuju dengan pemansuhan hukuman maati mandatori. Langkah itu dibimbangi akan menyebabkan kes pengedaran daadah dan buunuh akan meningkat di negara kita.
"Lihatlah sahaja kes berkaitan Akta Daadah Berbaahaya 1952, sebelum ini hukumannya maati mandatori dikuatkuasa pun kes pengedaran daadah masih tinggi. Bayangkan nanti apabila hukuumam maati dimansuhkan pula.
"Begitu juga kesalahan jnayah membabitkan membuunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Kesekksaan. Apakah keadilan atau hukuman wajar lain bagi mereka yang didapati bersalah membuunuh. Adakah hanya pnjara seumur hidup sahaja.
"Saya tahu hukuman maati itu masih wujud dengan hakim mempunyai pilihan lain mengikut budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah, namun adakah jika sudah sah bersalah membuunuh orang tetapi hukuman selain maati mandatori pula diberikan. Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara," katanya ketika dihubungi.
Zulkarnain adalah bapa kepada Zulfarhan yang meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 akibat dideera sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi awam.
Jumaat lalu, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuuman maati mandatori di negara ini, dengan hukuuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Dalam pada itu, Zulkarnain menyarankan kerajaan melakukan undian secara terbuka membabitkan rakyat jika sesuatu polisi besar terutama pemansuhan hukuuman maati mandatori mahu dilakukan.
"Ia membabitkan kehidupan rakyat negara ini. Saya berpendapat ia wajar ditentukan majoriti rakyat,bukan hanya sekumpulan pihak sahaja yang mungkin ada kepentingan lain," katanya.
Sumber Artikel : Harian Metro