Saya tak kisah kalau peminat nak terus panggil 'oppa', panggillah, kata Nazim Othman

encik gotenks
0

Pelakon Nazim Othman, 37, menghormati panggilan 'oppa' yang diberikan peminatnya dan okey saja sekiranya gelaran itu terus melekat sampai bila-bila.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman ditemui berkata dia tidak kisah pun jika terus dipanggil dengan gelaran 'oppa' oleh peminatnya kerana menganggap ia satu penghargaan.

"Panggilan 'oppa' itu memang daripada peminat. Jadi, saya tak kisah pun mereka (peminat) nak panggil 'oppa' sebab mungkin sekadar untuk suka-suka saja. Tak ada masalah pun.

"Tapi, sekarang rasanya dah kurang dah peminat panggil saya 'oppa'. Maklumlah, sejak meningkat usia. Bagaimanapun, saya terima dan okey saja jika mereka nak terus panggil saya dengan gelaran 'oppa' itu. Biarlah," katanya.

Terdahulu, Nazim ditemui Harian Metro dan beberapa wakil media lain ketika berkunjung dalam sesi lawatan ke lokasi penggambaran drama Sorry Naik Lori di sebuah studio, baru-baru ini yang diatur oleh iQiYi Malaysia.

Selain Nazim, hadir sama di set penggambaran itu ialah dua lagi pelakon utama drama terbabit iaitu Ruhainies dan Nafiz Muaz. Drama Sorry Naik Lori juga adalah siri original pertama platform OTT, iQIYI Malaysia.

Mengulas watak Khairul dilakonkan, Nazim berkata drama itu memberinya peluang beraksi dalam genre komedi. Katanya, dia mulanya tidak yakin juga boleh berlakon drama komedi kerana sebelum ini sering mendapat watak berat dan agak serius.

"Ini adalah kali pertama saya berlakon drama komedi dan perasaan bimbang itu mulanya tetap ada kerana risau tak menjadi. Tapi, saya bernasib baik mendapat pasangan pelakon seperti Ruhainies yang amat membantu.

"Selepas membawakan watak Khairul ini, baru saya tahu rupanya ada sisi komedi juga di dalam diri saya yang mampu dilakonkan dengan baik. Selama ini, hanya rakan tertentu saja yang tahu saya boleh berjenaka," katanya.

Nazim berkata dia berharap penonton dapat menerima lakonannya dalam drama Sorry Naik Lori dengan baik apabila ditayangkan nanti. Ujarnya, dalam drama itu juga dia menyahut cabaran bercakap 'loghat Utara'.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)