Romantiknya! Dr. Azra beri ucapan sweet sempena hari kelahiran Azri Iskandar

encik gotenks
0

Tidak sampai sebulan bercerai dengan Ellie Suriaty, pelakon Azri Iskandar mengejutkan ramai apabila mengesahkan bakal berkahwin dengan wanita pilihan hatinya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera.

Wanita tersebut merupakan seorang komposer, penulis skrip dan novelis bernama Azra Diera Abdul Hamid.

Memetik laporan Getaran, melalui akaun Facebook milik Azra, dia telah memuat naik sebuah hantaran istimewa buat Azri bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-54 pada 5 Jun lalu.

“You are my love, my life, and my everything. I would be lost without you. Happy Birthday Sayang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Melalui hantaran tersebut, kelihatan Azri turut membalas ucapan tersebut dengan mesra di ruangan komen.

“Thank you baby… Ara juga segala-galanya bagi abang, terima kasih Ara,” balas Azri.

“Sama-sama abang, Happy birthday.. Love you… Love you.. Love you.. Thanks untuk abang juga yang sayangkan diri ini,” balas Azra kepada komen Azri.

Lantaran itu, sebuah portal pula melaporkan bahawa Azri telah memberi pengesahan bahawa dia akan berkahwin dengan wanita tersebut dalam jangka masa terdekat.

Sumber Artikel : XTRA ( https://www.xtra.com.my/hiburan/my-love-my-life-my-omg-romantiknya-bakal-isteri-beri-ucapan-sweet-sempena-birthday-azri-iskandar/ )

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)