Remaja 14 tahun hamiI tiga bulan 'dikerjakan' dua lelaki berbeza

encik gotenks
0

Penafian : Gambar dalam artikel ini hanya sekadar hiasan semata-mata.

Remaja berusia 14 tahun disahkan hamiI tiga bulan selepas dipercayai dirog0I dua lelaki secara berasingan di rumahnya di Lorong Guru berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Ibrahim Dua, di sini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu terbongkar susulan mangsa hadir ke Klinik Kesihatan di sini untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung sebelum kes berkenaan dimaklumkan kepada polis.

Katanya, hasil soal siasat mendapati remaja berkenaan mengaku melakukan hubungan terIarang dengan dua lelaki berbeza berusia 22 dan 17 tahun iaitu pada 19 Februari dan 28 Mac di bilik tidur di rumah neneknya.

"Remaja terbabit mengaku perbuatannya melakukan hubungan keIamin dengan lelaki berusia 17 tahun disedari datuknya, namun lelaki itu bertindak melarikan diri melalui pintu utama.

"Bagaimanapun lelaki itu kembali semula ke rumah berkenaan selepas dipanggil dan hasil perbincangan dengan ibu lelaki itu, dia bersetuju memastikan anak lelakinya bertanggungjawab atas perbuatan yang mereka lakukan.

"Selepas menyedari usia kandungan semakin bertambah, remaja tersebut datang ke klinik kesihatan sebelum diarahkan oleh pegawai kesihatan bertugas untuk merujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II kerana hamiI di bawah umur," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhammad Zaki berkata, lelaki terbabit sudah dikenal pasti usaha untuk menangkapnya dilakukan dengan kadar segera bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Sesyen 376 Kanun Kesekksaan.

"Selain itu, maangsa dimaklumkan sudah berhenti sekolah dan tinggal bersama datuk serta nenek sejak berusia setahun," katanya.

Menurutnya, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan sentiasa mengawal pergerakan serta aktiviti anak-anak agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini selain memerhatikan aktiviti bersosial mereka.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)