“Ramai Pamerkan Kebodohan Maksimum” – Peguam Nurul Hafidzah Bagi Pesanan ‘Makan Dalam’ Pada Pemfitnah

encik gotenks
0

Baru-baru ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan tampil membuat satu perkongsiaan di laman Instagramnya berhasrat mahu pendidikan undang-undang diajar di bangku sekolah agar orang ramai dapat mengetahuinya dengan lebih dalam.

Menerusi satu entri di Instagram, peguam itu berkata dia berpendapat sebegitu selepas melihat ramai ramai yang menunjukkan ‘kebodohan’ masing-masing tentang undang-undang tanpa memahami perkara tersebut.

“Pendidikan undang-undang asas patut bermula dari sekolah. Sebab buktinya masih penuh merata-rata orang yang mempamerkan kebodohan maksimum, yang tak faham hujung pangkal, proses, sebab dan lain-lain.

“Tak kisahlah professional, terpelajar, dan apapun status sosial ekonomi mereka. Sama sahaja. 2×5,” tulisnya.

Peguam itu turut memerli golongan pemfitnah yang menfitnah dirinya dengan memberi tips untuk masuk ke syurga.

Sejak April lalu, hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Malah, turut menjadi bualan mengenai salah seorang peguam Nurul Hafidzah yang dikecam teruk kerana telah mewakili pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Instagram hafidzahhassan

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)