Peniaga tiada pilihan, terpaksa mula naikkan harga roti canai

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan semata-mata.

Kenaikan mendadak harga barangan di pasaran membuatkan pengusaha dan penjual roti canai tiada pilihan melainkan menaikkan harga makanan itu.

Pemilik Maam Maju Corner yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 60, berkata, dia menaikkan harga roti canai sebanyak 20 sen kerana harga tepung, minyak masak dan kacang dal meningkat.

"Saya terpaksa menaikkan harga roti canai daripada RM1.20 ke RM1.40 setimpal dengan peningkatan harga barangan mentah di pasaran sekarang.

"Saya berharap selepas ini tiada lagi peningkatan drastik harga barangan mentah dan tiada lagi masalah stok barangan mentah," katanya ketika ditemui, hari ini.

Pengusaha restoran, Norliana Musa, 43, berkata, selain kenaikan harga barangan, perniagaannya turut terkesan dengan kesukaran mendapatkan barangan mentah di pasaran.

"Memang susah mendapatkan tepung yang saya selalu gunakan untuk menghasilkan roti canai dan usaha membeli tepung itu secara pukal juga sukar.

"Saya terpaksa menggunakan tepung jenama lain dan perlu menyesuaikan sukatan (tepung) yang diperlukan untuk menghasilkan roti canai saya lembut dan garing," katanya yang mengusahakan Norliana Cafe.

Pekerja restoran Barakath Noor Wangsa Maju, yang dikenali sebagai Riswan, 42, berkata, setakat ini tiada lagi kenaikan harga roti canai di restoran tempatnya bekerja.

"Kami masih menunggu maklumat lanjut daripada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia mengenai harga terkini untuk semua pilihan roti canai, buat masa ini harga roti canai di restoran kami masih kekal," katanya.

Sumber Artikel : Harian Metro ( https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/850309/peniaga-mula-naikkan-harga-roti-canai )

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)