Pendakwah bebas tarik balik kenyataan, 'Roh pindah dari jasad ke jasad'

encik gotenks
0

Penafian : Gambar sekadar hiasan

Pendakwah bebas Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli meminta maaf atas kenyataannya pada satu ceramah, menyentuh perpindahan roh manusia yang meninggal dunia dari jasad ke jasad.

Katanya, dia menarik balik kenyataan tersebut yang telah menimbulkan keresahan umat Islam.

"Jadi saya tak mahu panjangkan isu ini saya tarik balik kenyataan itu, dengan saya kata saya pun tak tahu.

"Sebenarnya bukan kenyataan saya, saya 'naqal' (ambil) daripada guru saya.

‘Contoh sahaja’

"Saya meminta maaf kepada masyarakat dan umat Islam di Malaysia yang mengikut polemik ini.

“Saya minta maaf kerana meresahkan umat Islam, umat Muhammad secara khusus. Tak perlu panjang-panjangkan," katanya pada hantaran video di Facebooknya semalam.

Jelasnya lagi, gurunya yang memaklumkan perkara tersebut telah pun meninggal dunia.

Dalam satu rakaman video pendek yang mencetuskan maklum balas netizen itu, Muhd Zainal berkata gurunya pernah menyebut "sebagai contoh sahaja" bahawa Allah SWT mencipta roh yang boleh berpindah-pindah.

Susulan video itu tular, Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (gambar, atas) tampil pada 5 Jun lalu menggesa pihak berkuasa agama mengambil tindakan "mencegah kepercayaan kepada reinkarnasi."

Wan Salim berkata berdasarkan perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah, inkarnasi adalah satu akidah yang palsu dan menyeleweng daripada landasan agama Islam yang sebenar, kerana bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan Sunnah Nabawiyah.

Malah, jelasnya menurut ajaran Islam roh tidak berpindah dari satu jadad ke jasad yang lain kerana roh seseorang adalah khusus untuk dirinya sahaja dan tidak dikongsi oleh sesiapapun selepas kemaatiannya, tiada dalil yang menyokong akidah yang palsu ini.

“Umat Islam diingatkan bahawa kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib atau metafizika mestilah bersandar kepada dalil yang sahih, sedangkan kepercayaan kepada penjelmaan roh ini tiada dalil sama sekali sama ada daripada ayat al-Quran mahupun sunnah yang sahih,” katanya.

Wan Salim juga berkata menurut Islam, roh seseorang bermula ketika ia berada di dalam rahim ibunya dan setelah berpisah dengan jasad disebabkan kemaatian, roh berpindah ke alam barzakh sebelum dibangkitkan serta disatukan semula dengan jasadnya pada hari kiamat, seterusnya akan berakhir di syurga atau neraka.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhd Zainal pula berkata dia menerima hujah yang dikemukan kepadanya selepas rakaman video itu tular, tetapi menegur komen yang berbentuk cercaan dan penghinaan semata-mata.

"Cumanya saya nak betulkan orang yang komen tu. Itu yang saya nak betulkan. Komen tu tak sesuai sebagai seorang muslim yang akhlaknya dengan (meneladani) Rasullullah SAW.

"Tak sesuai, menghiina orang, memaaki orang, menceerca orang. Itu tak sesuai dengan akhlak kita orang Islam.

"Tapi yang bagi hujah tu, saya terima. Insyaallah dari saya sebagai seorang bukan ilmuan tapi orang yang suka mengajar, jadi saya minta maaf di atas kenyataan yang begitu," katanya lagi.

Sumber Artikel : MalaysiaKini

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)