Netizen selalu kecam kenapa saya free hair, bukan semua manusia tak bertudung itu hina dan jahat, kata Ashira

encik gotenks
0

Baru-baru ini penyanyi Ashira ada meluahkan rasa kesal kerana masih ramai netizen yang dm dan memberikan komen mengenai imejnya yang tidak bertudung.

Mengakui pernah mempunyai hasrat berhijab sepenuhnya, Ashira menjelaskan dia hanya berani mengatakan masih mencuba untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Pemilik nama Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, mengakui bukan mudah untuk seseorang ingin berubah ke arah kebaikan terus istiqamah.

"Sudah-sudahlah PM, DM, komen ‘dah free hair ke?’. Saya memang free hair, bukan dah free hair. Ya, kadang-kadang saya pakai tudung sebelum ini mencuba dan memang terasa nak ke arah itu.

"Salah ke? Masih belum sempurna dan saya tak pernah cakap yang saya dah bertudung sepenuhnya secara rasmi. Orang tanya pun saya jawab berani nak cakap, doa yang baik-baik saja.

"Nak berubah memang senang cakap saja terus boleh buat tapi istiqamah itu yang susah. Tak ada bayi yang baru lahir esok boleh terus berjalan... step by step," katanya.

Sebelum ini, penampilan Ashira yang tidak tudung ketika bekerja sebagai penyanyi restoran pub setiap hujung minggu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 27 Mei lalu, penyanyi berusia 37 tahun itu meminta orang ramai tidak menjadikan hal tudung sebagai isu kerana sebelum ini tidak pernah mengumumkan sudah berhijab penuh.

Dalam pada itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini berharap netizen mendoakan yang baik-baik untuk dirinya daripada melemparkan kecaman.

"Satu yang saya percaya, Allah Maha Adil, saya percaya dengan aturanNya. Jadi, daripada nak mengecam tanpa tahu hujung pangkal cerita, baik doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan keluarga.

"Jelas ya jangan komen yang bukan-bukan lagi kat FB ke IG ke TIkTok ke. Saya hanya manusia biasa, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tiada lagi penjelasan lepas ni," ujarnya.

Sementara itu, Ashira berkata ramai lagi wanita yang tidak menutup aurat tapi mempunyai hati yang baik.

"Tak semua manusia yang tak bertudung itu hiina dan keeji atau jahat ya. Kadang-kadang yang bertutup lagi hitam hati daripada yang tidak bertutup.

"Ramai depan mata saya, macam-macam dah saya experience. Sudah-sudahlah ambil tahu hal orang lain. Saya tak kacau hidup sesiapa pun, sudahlah," katanya.

Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)