Netizen kagum sikap romantik Pu Riz, usai Solat Jumaat terus bawa kejutan, hadiahkan Neelofa rantai tangan LV

encik gotenks
0

Sudah menjadi lumrah apabila kita terkenal atau menjadi public figure, apa saja yang kita buat pasti akan menarik perhatian netizen terutamanya peminat.

Sehinggakan baru-baru ini video memaparkan suaminya, PU Riz memakaikan inai pun menjadi bualan.

Terbaru, perkongsian video dimuat naik oleh bekas pengacara MeleTOP itu mencuri perhatian dimana Neelofa berkongsikan menerima hadiah daripada suaminya.

Menerusi entri itu, Neelofa berkata itu bukanlah pertama kali suaminya membuat kejutan untuknya serta mendoakan suaminya dilimpahi rezeki serta dipermudahkan dalam melakukan apa saja urusan.

“Kisah hari ini, suami balik dari solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut, terharu, happy, syukur dan semua perasaan yang baik-baik alhamdulillah.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama pak ustaz beli bawa balik surprise. Lofa suka tengok video bila suami bagi hadiah dekat isteri. Doakan keberkatan rumah tangga kami,” tulisnya.

Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira melihat pasangan itu serta mendoakan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal.

Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)