Momen terindah dalam hidup, Pemuda 23 tahun terlalu bahagia kahwini wanita 60 tahun

encik gotenks
0

Melayari bahtera hidup berumah tangga dengan wanita yang jauh lebih berusia daripada lelaki bukanlah satu perkara mudah, malah me­nuntut seribu pengorbanan daripada kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, bagi seorang pemuda berusia 23 tahun, Muhammad Sabree Razaman, dia mengakui pertemuannya dengan isteri, Norlida Mohamed Salleh, 60, merupakan antara momen paling menggembira yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Menurut Muhammad Sabree, dia memilih ibu tunggal enam anak itu sebagai teman hidup kerana tertarik dengan peribadi wanita berkenaan yang sentiasa menjadi pendengar setia selain berfikiran matang.

“Kami sudah bernikah selama setahun dan saya akui isteri adalah seorang wanita yang cukup tenang, tidak mudah gelabah atau menyerah kalah ketika berhadapan dengan ujian hidup,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya lagi, sekalipun dijarakkan dengan jurang umur 37 tahun, dia tetap mengakui faktor kematangan yang ada pada Norlida turut menyebabkan dia jatuh hati dengan wanita itu.

“Sebelum ini, saya memang suka wanita yang matang dan tidak banyak kerenah, kalau wanita muda mungkin kena layan pelbagai kerenah dan boleh buat kita jadi pening kepala. Itu belum kira bab merajuk dan mengada-ngada.

“Isteri adalah jenis yang faham saya dan kami selalu berbincang apa juga masalah yang timbul sama ada dalam rumah tangga dan juga aspek kewangan. Dia selalu beri cadangan berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluiinya,” katanya.

Ujar Muhammad Sabree, dia sebenarnya tidak menyangka minatnya kepada wanita yang lebih berusia telah menjadi kenyataan apabila takdir telah menemukan dia bersama isteri sehingga membawa mereka ke jenjang pelamin.

“Saya percaya kepada takdir Allah yang telah menemukan kami. Saya tak pernah jumpa wanita macam dia (isteri) yang layan saya dengan baik sekali. Walaupun usia saya jauh lebih muda, namun dia tetap hormat saya sebagai suami.

“Dia juga boleh menempuhi masalah bersama-sama, kalau kita tengok sekarang ramai isteri tinggalkan suami saat suami berhadapan masalah terutamaanya melibatkan kewangan.

“Ada orang cakap lelaki pilih wanita berusia sebab berharta dan stabil dari segi kewangan. Bagi saya, tanggapan itu adalah salah kerana isteri saya hanya berniaga kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih. Dia hanya orang biasa,” katanya.

Pada masa sama, dia turut mengakui, faktor usia menyebabkan ada segelintir dalam kalngan saudara-mara yang tidak menyokong mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

“Namun begitu, saya sedar tidak semua benda yang kita buat orang akan suka, jadi saya jadikan kisah Nabi Muhammad dan isteri, Siti Khadijah sebagai penguat semangat.

“Soal anak pula bergantung kepada Allah, kalau Dia nak beri, kalau ada saya bersyukur dan kalau tidak ada, saya terima sahaja ketentuan-Nya. Apa yang penting saya harap dapat hidup bahagia bersama isteri tercinta hingga ke akhir hayat dan dapat melangkah ke syurga bersama,” ujarnya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)