Lelaki 65 tahun kantoi sedang 'berpeluh' dengan isteri orang dalam bilik

encik gotenks
0

Penafian : Gambar sekadar hiasan

Wanita berusia 56 tahun yang masih berstatus isteri orang diceekup berkhaIwat dengan duda berusia 65 tahun di sebuah hotel bajet di bandar ini, malam tadi.

Pasangan itu ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada 11.30 malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan warga emas berkenaan datang dari Selangor dengan menaiki bas ke bandar ini sebelum ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik di hotel terbabit.

"Lelaki warga emas itu memberi alasan mahu membeli emas di Kelantan, manakala pasangannya mendakwa mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu.

"Kami menahan mereka untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan bon jamin sebelum diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini..

Mengulas lanjut operasi sempena cuti sekolah yang diadakan antara 5 petang semalam sehingga 1 pagi tadi itu, Mohd Fadzuli berkata, pasangan kekasih berusia 20-an turut ditahan di sebuah hotel bajet di sini.

"Dua pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 50, Undang-undang Islam, Enakmen Kanun Jnayah Syariah (I) 2019.

"Kami turut memberi notis kepada tiga pasangan kekasih kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh, kira-kira 5 petang semalam,' katanya.

Katanya, pasangan yang diberi notis diminta hadir mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam tempoh dua minggu, jika gagal hadir mereka boleh didenda.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)