Kenal Bakal Isteri ada PHD 12 Hari Lepas Cerai, Azri Iskandar Umum Nikah Dalam Masa Terdekat

encik gotenks
0

"Betul abang akan nikah. Apabila sudah ada tarikh saya akan beritahu."

Itu kata pelakon, Azri Iskandar sekali gus mengesahkan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera, 43.

Azri, 54, ketika dihubungi berkata, dia bakal menghantar rombongan merisik pada 23 Jun ini.

"Buat masa sekarang tarikh nikah belum ada. Insya-Allah dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis berjumpa keluarga perempuan untuk merisik. Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai hubungan mereka, Azri berkata, dia mengenali wanita itu 12 hari selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.

Namun, Azri menafikan Azra punca perceraiannya dengan Ellie.

"Saya berjumpa Azra selepas 12 hari bercerai dengan Ellie. Kami bekerjasama dalam satu satu projek drama RTM. Saya ada menghubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip itu.

"Dari situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Tidak sangka dia juga sukakan saya. Kami merancang untuk berkahwin kerana masing-masing sudah berusia. Saya nak 'move on' dan tak nak buang masa sebab sudah jumpa orang sesuai. Namun, perkahwinan ini bukan punca saya bercerai dengan Ellie.

"Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin," katanya.

Azri dan Ellie sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Sementara dua lagi Ellie mengalami keguguran.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.

Sumber Artikel : Harian Metro ( https://www.hmetro.com.my/rap/2022/06/850030/azri-iskandar-nak-nikah-bulan-ini )

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)