Penampilan si cantik manis, Kasih Iris Leona yang juga anak perempuan kepada aktor terkenal Azhar Sulaiman yang semakin hari semakin galak memakai pakaian yang boleh dikatakan mencolok mata terutamanya kaum lelaki yang melihatnya.
Kasih Iris yang aktif di Tiktok dikecam netizen dan tampil menjawab persoalan itu, Azhar Sulaiman berkata dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan menegur kesilapan, Azhar berkata dia hanya mampu berdoa agar anaknya berubah menjadi lebih baik.
Kata pelakon berusia 50 tahun ini, anak-anak yang sudah meningkat dewasa tidak sesuai lagi untuk dirotan dan perlu ditegur secara berhemah.
"Saya macam Kaza dan Normah Damanhuri... kami adalah ibu bapa, anak-anak kita bukan kecil lagi. Macam anak mereka pun dah besar juga. Sebagai ibu dan bapa, sudah tentu kita beri teguran.
"Tetapi apa sahaja yang kita tegur itu, bukan mudah... kita mengharapkan anak-anak akan fikir lebih jauh mengenai impak terhadap keseluruhan bukan hanya pada diri mereka tapi keluarga dan ibu bapa.
"Sebagai bapa, saya ambil tanggungjawab untuk menegur apa yang tidak boleh dilakukan. Tapi kalau dia masih lakukan, saya hanya berdoa semoga dia akan cepat berubah.
"Kita tak boleh merotan atau menjerit kepada anak-anak sekarang... apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak," katanya kepada mStar.
Azhar ditemui ketika majlis tayangan dan pelancaran filem terbaharu berjudul Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai perkembangan tiga orang anaknya, Azhar memberitahu mereka tidak akan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.
Menurut Azhar, anak-anaknya mempunyai pilihan kerjaya sendiri dan kejayaan mereka juga atas usaha keras isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin.
Sumber Artikel : mStar Online