Kalau boleh tak nak la seksi sangat, saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi, kata Nora Danish

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR YANG DIGUNAKAN HANYA SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA

Siapa saja yang tidak kenal dengan Nora Danish. Selebriti cantik ini senantiasa menjadi perhatian netizen dan wajahnya kekal awet muda walaupun kini sudah berusia 40 tahun.

Walaupun sering dikecam dek netizen kerana penampilan yang agak mencolok mata, namun pelakon cantik ini tidak pernah melatah atau berIawan mulut dengan netizen.

Selebriti cantik ini beranggapan masyarakat berhak untuk suarakan pendapat masing-masing berkenaan dirinya tambahan lagi dia adalah public figure.

"Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan atau mencari fasal dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa pun.

"Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutamanya peminat... Apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai satu doa," katanya kepada mStar.

Menyedari kehidupan sebagai seorang selebriti sering menjadi perhatian, Nora bagaimanapun tidak pernah merasakan pakaian digayakannya keterlaluan dan seksi seperti diperkatakan.

"Saya pun kalau boleh tak nak la seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi," katanya.

Dalam pada itu, Nora memberitahu dia bersyukur kerana suami iaitu Nedim Nazri Aziz sentiasa tenang apabila dirinya berdepan dengan kecaman netizen.

"Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.

"Jadi dia kena faham la selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.

"Saya pun kata la, inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama support. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Puteri Reunion ini mengakui komen dan kritikan netizen banyak memberi kesedaran kepadanya dalam soal berpakaian.

"Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka (netizen) ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu seksi.

"Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil sambil lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)