Janganlah fitnah tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga, arwah anak saya belum divaksin, kata Mohd Akmal

encik gotenks
0

Keluarga kanak-kanak yang meninggaI dunia akibat jangkiitan kuman dalam otak Muhammad Aniq Hadif Mohd Akmal, 10, kesal kerana kemaatiannya dikaitkan dengan isu suntikan vaksln C0vid-19.

Isu berkaitan kemaatiannya itu turut ditularkan segelintir individu tidak bertanggungjawab malah menjadi perbualan hangat dalam kumpulan Telegram dan juga Facebook sehingga membuatkan ahli keluarga dikecam.

Individu berkenaan mendakwa kemaatian Muhammad Aniq Hadif disebabkan tindakan ibu-bapanya yang membawa anak mereka itu mengambil suntikan vaksln C0vid-19 untuk kanak-kanak.

Bagaimanapun, semua itu hanya fitnah semata-mata dan sengaja dijadikan isu oleh pihak tertentu kerana kanak-kanak terbabit sebenarnya belum menerima sebarang suntikan vaksln C0vid-19.

Malah, ada antara individu tidak dikenali menghubungi bapa kanak-kanak itu Mohd Akmal Md Zain, 37, semata-mata mahu memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Mohd Akmal berkata, dia sangat tertekan dengan tuduhan yang ditularkan dalam media sosial berhubung kemaatian anaknya yang dikaitkan dengan suntikan vaksln C0vid-19.

"Untuk pengetahuan semua, arwah anak belum menerima sebarang suntikan vaksiin C0vid-19 seperti didakwa sesetengah pihak yang sengaja tularkan berita yang tidak benar.

"Jadi, saya minta mereka yang tularkan cerita tidak benar seperti itu supaya menghentikannya kerana saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lanjut," katanya yang masih bersedih dengan pemergian anak sulung daripada tiga beradik itu.

Menurutnya, dia juga tertekan kerana sibuk menguruskan anak kedua, Nur Hani Humaira berusia lapan tahun yang masih menerima rawatan di hospital akibat sawan.

"Saya sendiri tidak faham dengan individu yang menyebar fitnah berhubung kemaatian anak dan tidak tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan.

"Saya amat berharap individu berkenaan tidak mengambil kesempatan terhadap berita kematian anak dengan menyebarkan fitnah mengenainya tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga," katanya.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)