Hari tu saya bengang sangat tapi sekarang hati dah sejuk, saya mohon maaf, kata Yonnyboii

encik gotenks
0

Penyanyi rap popular, Yonnyboii, 24, cuba bersikap positif walaupun sedih dan terguris apabila isterinya, Nik Nazira teruk dikecam netizen selepas tidak lagi bertudung.

Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Nuriman Nor Azin ketika ditemui berkata, apa yang menyebabkan dia begitu terguris apabila ada segelintir netizen melabelkan isterinya sebagai wanita tidak bermoral.

"Itu yang buatkan saya bengang sangat dan muat naik status berkenaan di Instagram. Tapi, sekarang ini hati saya dah sejuk dan saya juga mohon maaf di atas semuanya.

"Saya dan isteri, manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuma, janganlah mengecam teruk sangat sebab kami pun ada hati dan perasaan," katanya kepada Harian Metro.

Yonnyboii yang popular dengan lagu Salahku, Sakit dan Tak Sangka berkata, dia juga sedar apa yang dilalui isterinya yang harus berdepan pelbagai kecaman negatif itu berikutan kariernya sebagai selebriti.

"Kalau saya bukan artis, pasti isteri tidak dikecam teruk kerana tidak lagi bertudung. Jadi, inilah cabaran kerjaya saya yang perlu kami fahami bersama-sama dan cuba menghadapinya dengan baik.

"Sekarang saya banyak memberi semangat kepada isteri untuk dia lebih kuat mengharungi cabaran kehidupan ini. Apapun, kami hanya manusia biasa dan saya mohon maaf," katanya.

Sebelum ini, Yonnyboii menerusi hantaran dimuat naik di Instagram menyelar tindakan segelintir netizen yang melemparkan kecaman terhadap isterinya, Nik Nazira yang kini tidak bertudung.

Baginya, ia hiinaan yang keterlaluan sehingga mengguris perasaan.

Justeru, Yonnyboii akhirnya nekad tampil demi mempertahankan maruah isteri serta tidak boleh terus berdiam diri dengan kata-kata kurang enak dilemparkan itu.

Yonnyboii mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira pada 20 November tahun lalu.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)