Dr. Hafeez tegur babak dramatik episod akhir drama bisik-bisik gelora, babak di hospital dianggap sungguh cuai dan melucukan

encik gotenks
0

Akibat tidak peka dengan teknik penggunaan peralatan perubatan yang sepatutnya, seorang doktor menegur salah satu babak lakonan Redza Rosli dalam drama berjudul Bisik Bisik Gelora.

Menurut Dr Hafeez yang berkongsi perkara tersebut di laman TikTok miliknya, babak tersebut menggambarkan kecuaian oleh pihak hospital atau ia sebenarnya sekadar gimik yang tidak menjadi.

Dalam babak yang dipaparkan, watak Jad Izzuddin lakonan Redza terlantar dalam keadaan kritikal di sebuah hospital, namun cara penyambungan tiub bantuan pernafasan adalah tidak sama seperti amalan perubatan sebenar.

“Ini babak dramatik atau cuai. Benda yang terkeluar dari mulut itu adalah tiub pernafasan untuk seorang yang hendak ditidurkan. Tiub itu sepatutnya diikat dan bukan digigit sebab ia boleh tercabut keluar.

“Benda yang macam bubble itu pula adalah ambu bag yang digunakan untuk mengepam udara secara manual apabila seseorang itu pengsan. Ia tidak sepatutnya ditinggalkan di situ. Kalau tinggal memang nampak macam cuai,” katanya.

Tambah Dr Hafeez, jika keadaan sebegitu benar-benar berlaku disebabkan kecuaian pihak hospital, pesaakit boleh mengambil tindakan saman.

Doktor perubatan itu turut memberi cadangan kaedah terbaik untuk melakonkan babak sebegitu dengan kos yang rendah.

“Kalau saya orang berkenaan, episod seterusnya saya akan saman hospital. Jika mahu babak dramatik dengan kos rendah cukup dengan hanya memakai topeng oksigen.

“Kita sudah melalui fasa C0vid-19 selama dua tahun dan orang ramai tahu bagaimana keadaan pesakit kritikal.

“Jalan cerita sudah elok, tetapi babak tersebut merosakkan,” ujarnya.

Drama Bisik Bisik Gelora merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin.

Selain Redza pelakon lain yang turut terlibat adalah Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Afifah Nasir dan Hafidz Roshdi.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)