Dituduh ambil kesempatan dek kerana wajah persis arwah Siti Sarah, Nurul Amera luah rasa kecewa dengan netizen mulut puaka

encik gotenks
0

Baru-baru ini bapa kepada arwah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah pernah menyatakan impiannya untuk bertemu dengan seseorang yang mirip dengan anaknya itu. Akhirnya impian Raisuddin menjadi satu kenyataan apabila dia telah dipertemukan dengan wanita yang sebijik seiras arwah Siti Sarah dalam satu majlis sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di instagram @suciuwais, isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik rakaman video suaminya bertemu dengan wanita bernama Emy dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana sanggup meluangkan masa bersama mereka.

"Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.

Menerusi laporan dari portal ohbulan, wanita itu yang dikenali sebagai Nurul Amera meluahkan rasa kesal apabila ramai individu memberikan komen negatif terhadap dirinya.

Nurul Ameera mendedahkan bahawa setiap hari dia menerima kecaman dan pelbagai komen negatif daripada warganet.

Tujuan saya buat video ni saya nak cerita yang sampai ke hari ini dan hari-hari lah saya dapat kecaman macam-macam.

Malah, Amera turut mengatakan sehingga kini dia tidak pernah membuat konten atau mengaku bahawa wajahnya mirip Allahyarham Siti Sarah.

Siapa yang dah lama follow saya dari dulu mereka akan tahu yang setiap kali saya post pasal diri saya, saya tak pernah lagi mengaku seiras dengan sesiapa sahaja.

Belum pernah buat konten lagi yang mengaku diri saya seiras ke apa. Banyak orang yang kecam dan hina saya dari Facebook ,Instagram, TikTok dan semua berfikiran negatif. Ada pun hanya beberapa orang je yang berfikiran positif.

Dalam pada itu, wanita ini turut mengakui bahawa terdapat individu yang menuduhnya sengaja mengambil kesempatan hadir ke majlis ulang tahun berkenaan sedangkan niatnya hanya untuk berjumpa dengan pelakon veteran tersebut.

Kata saya ni menggatal, pergi sana sebab nak ambil kesempatan lah. Tapi saya pergi sana sebab niat saya nak jumpa ayah arwah dan tak ada niat lain. Sebab dorang yang invite, ada rezeki kita jumpa lah.

Sumber Artikel : Oh!Bulan

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)