aksi mendukung pelakon Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan, nama Hisyam Hamid menjadi sebutan ramai apabila ia turut dikaitkan dengan kes yang membabitkan Zul Ariffin sebelum ini.
Melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan, Hisyam, 37, enggan mengulas panjang kerana bimbang setiap komen yang diberikan akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
"Perkara ini terlalu sensitif bagi sesetengah pihak. Jadi lebih elok saya tidak bercakap banyak tentang perkara ini kerana bimbang akan disalah tafsir.
"Babak tersebut memang ada dalam skrip dan banyak projek lain sebelum ini mempunyai adegan seperti itu. Cuma penonton memberi perhatian kerana drama ini mendapat sambutan baik," katanya kepada mStar.
Segelintir netizen menyamakan pelakon itu dengan Zul Ariffin dan mengelarnya Zul Ariffin 2.0.
Membaca komen-komen tersebut, Hisyam melihat ia satu perkara positif yang dianggap sebagai teguran untuk memperbaiki kesilapan.
"Benda yang negatif pun boleh dijadikan satu perkara positif. Ini adalah satu teguran buat saya.
Sementara itu, Hiysam juga meluahkan rasa gembira apabila drama lakonannya itu mendapat sambutan baik penonton.
Bagi Hisyam ia adalah satu kepuasan apabila usaha dan penat lelah sepanjang penggambaran drama tersebut dihargai.
"Memanglah saya gembira apabila drama kali ini mendapat sambutan. Penonton tidak tahu susah-payah yang kami lalui sepanjang penggambaran drama ini.
"Saya rasa puas apabila usaha dan kepayahan sepanjang penggambaran dihargai penonton dengan sambutan sebegini," jelasnya.
Sumber Artikel : mStar Online