Penyanyi baharu, Dian Hashim, 23, serik untuk bercinta kerana trauma akibat pernah menjadi maangsa ganngguan sekksuaI daripada bekas kekasihnya, Januari lalu.
Dian atau atau nama sebenarnya Nordiana Shalieza Che Hashim ketika ditemui berkata, dia bagaimanapun bersyukur hubungan cinta 'toksik' yang dialami dan pernah menghantui hidupnya itu sudah berakhir beberapa bulan lalu.
"Kami saling mengenali ketika di universiti. Cuma silapnya saya lambat bertindak dan membiarkan saja apa yang dia lakukan kerana cinta dan terlalu sayang. Jadi, apabila sudah berlarutan dilakukan, ia akhirnya membuat saya tertekan.
"Apapun, selepas saya memaklumkan kepada keluarga dan kami berbincang dengan kedua-dua belah pihak, kata sepakat dapat dicapai untuk selesaikan secara baik kerana saya dan dia pun masih lagi belajar," katanya.
Kini membuka lembaran baharu dalam hidupnya dan hadir juga dengan single kedua, Petanda yang dilancarkan di ibu kota, semalam.
Dian berkata, dia juga terkilan dan kesal dengan dirinya kerana tidak bertindak bijak dalam mempertahankan maruah akibat cinta.
"Apa yang saya kongsikan ini kisah benar diri sendiri dan bukan untuk meraih populariti segera. Saya hanya mahu wanita muda macam saya berhati-hati dalam percintaan dan jangan mudah percaya dengan kata-kata manis lelaki.
"Bercinta itu tidak salah, tapi jangan lalai dan 'bodoh' kerana cinta. Kita boleh sayangkan seseorang lelaki itu tapi jangan sesekali 'dibutakan' oleh cinta dan kena pandai jaga diri. Saya harap kisah ini dapat menjadi iktibar dan pengajaran kepada gadis lain," katanya.
Dian yang berkelulusan Diploma Seni Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata, sebagai anak, dengarlah cakap ibu bapa dan jangan mudah percayakan lelaki yang kita sayang sebelum berumah tangga.
Katanya, setiap nasihat daripada orang tua itu ada kebenarannya.
Terdahulu, sebelum dilamar oleh KRU Music untuk menjadi penyanyi rakaman, bakat Dian dikesan selepas dia menyertai program I Can See Your Voice musim pertama di TV3 pada 2018.
Dia juga sudah muncul dengan single pertama berjudul Aku Wanita pada Ogos 2020.
Sumber Artikel : Harian Metro