"Dia kenal barang" - Kerbau jantan kesayangan berat 1 tan dijual pada harga RM21,000

encik gotenks
0

Kerbau jantan milik seorang anak peneroka Felda di Felda Jerangau, Ajil bakal menjadi ternakan paling besar dan mahal yang akan dik0rbankan pada Adiladha bulan depan.

Kerbau yang dipanggil Pi itu berusia tiga tahun sembilan bulan seberat 1,095 kilogram (kg) atau satu tan 95kg itu akan dibeli oleh seorang penduduk dengan harga RM21,000.

W Mohd Ridzuan W Zamri, 32, berkata, dia membeli kerbau kesayangan itu ketika kerbau itu berusia 10 bulan dengan harga RM5,500 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

"Tiga tahun saya membelai dan menjaga Pi dan akhirnya terpaksa akur dan menjualnya.

"Jika diikutkan saya masih sayang untuk menjual Pi, maklumlah usia Pi masih muda dan boleh bertambah besar sekiranya dijaga dengan baik.

"Saya tidak dapat menolak tawaran yang dibuat oleh seorang penduduk untuk membeli Pi, bukan kerana harga yang ditawarkan, tetapi niat murni pembeli itu untuk menjadikan Pi ternakan k0rban pada tahun ini," katanya ketika ditemui di kandang kerbau miliknya, semalam.

W Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Along berkata, kerbau itu akan dihantar kepada pembeli sehari sebelum Hari Raya Aidiladha di Kemaman.

"Sejak gambar kerbau seberat 1,095kg itu tular di media sosial, ramai orang datang ke kandang untuk menjenguk dan membelinya.

"Mungkin sebab jarang kerbau boleh mencapai berat 1,000kg seperti itu seterusnya mendorong orang ramai datang untuk melihatnya.

"Ramai yang hairan melihat Pi yang terlalu besar dan tinggi berbanding kerbau biasa oleh itu sebelum ini Pi pernah ditawar dengan harga RM14,000 dan RM18,000, tetapi saya tidak sedia menjualnya," katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak menjangka kerbau itu boleh mencapai berat 1,000kg seterusnya mencipta rekod antara kerbau terbesar di negeri ini.

"Saya hanya menjaganya dengan sebaik mungkin termasuk pemberian vitamin dan makanan yang secukupnya.

"Saya memperuntukkan RM15 sehari untuk makanan dedak dan rumput napier jeruk yang diberi dua kali sehari," katanya.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)