Seringkali menerima komen negatif daripada netizen, anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid, tampil membuka suara membela mentor dunia perniagaannya, Datuk Wira Dr Azizan Osman (Doc).
Menurut Asyraf, dia sering mendengar kata-kata sinis daripada netizen yang mendakwa dia berguru dengan seorang scammer namun membidas tuduhan itu dengan mendakwa apa yang diperkatakan tentang Dr Azizan itu tidak benar.
“Tapi apa yang orang cakap pasal Doc, banyak yang tak betul jadi saya rasa sebagai seorang daripada usahawan yang beliau bimbing dan tranformasi, saya perlu untuk perjelaskan perkara ini.
“Doc sebenarnya adalah seorang jurulatih bisnes yang dah bantu banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia untuk capai jualan dalam jutaan ringgit,” katanya dalam akaun Instagram @asyrafkhalid hari ini.
Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji golongan usahawan bimbingan RichWorks yang sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk berjaya.
Pelantun lagu Biarlah Rahsia itu turut berkongsi rasa bangga apabila anak dan menantunya iaitu Asyraf Khalid serta Tya Arifin antara usahawan bimbingan Richworks yang berjaya dengan produk mereka.
Selain itu, tambah Asyraf, profil dibawah permentoran Titanium dengan sekitar 300 ahli bersama Spire dan EliteX berjumlah RM3.7 bilion.
“Saya salah seorang Titan Premier bersama isteri, Tya Arifin yang membawa jenama Mutyara Beauty selama 3 tahun terakhir, alhamdullillah bisnes berjaya untuk berkembang dan kekal dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
“Asbab bimbingan dari Doc yang sentiasa menyediakan kami untuk hadapi apa-apa situasi, kami dapat jadi seperti yang anda lihat hari ini.
“Antara jenama lain yang Doc bimbing yang juga merupakan rakan saya seperti Sabella, Noir, PTTI, Faith Fluer, Eskayvie, Andalusia, Hasnuri, Nurraysa dan banyak lagi,” ujarnya.
Asyraf memberitahu, antara pencapaian yang dilihat beliau sangat kuat untuk PKS adalah Sabella yang berjaya buat jualan lebih dari RM100 juta untuk 2 tahun berturut-turut dan Eskayvie yang sehingga Mei lalu telah mencapai lebih dari RM100 juta.
“Banyak lagi jenama lain atau pengasas yang sebenarnya asal dari zero yang Doc sudah bimbing sehingga menjadi terkenal malah ada juga bisnes yang dah lama, tapi stuck sebelum transformasi bahkan berkembang apabila belajar bersama Doc.
“Bagi saya bisnes ini memang tak mudah, tapi saya bersyukur Doc sentiasa ada untuk bantu capai apa yang saya nak capai. Jujurnya, saya ni adalah seorang anak murid yang tak bagus, tapi Doc tak pernah putus asa dan buat macam-macam proses untuk pastikan saya menjadi orang lebih baik malah pemimpin yang bagus.
“Hasil bimbingan Doc, saya rasa dunia sudah banyak berubah. Hari ini, hubungan saya dengan Allah, mak ayah, isteri, anak-anak dan orang sekeliling adalah jauh lebih baik dari dulu. Perniagaan kita juga Alhamdullillah, semakin dikenali dan dipercayai ramai orang,” katanya lagi.
Sumber Artikel : Utusan Online