Baru saja beberapa hari lalu mengumumkan bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera, seorang wanita mendakwa dipermainkan oleh pelakon Azri Iskandar.
Wanita yang mahu dikenali sebagai F mendakwa aktor itu pernah berjanji untuk bernikah dan sudah berjumpa keluarga Azri di kampung.
Berkongsi lanjut perkenalan dengan pelakon itu, F berkata, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu namun berhubung semula dua hari selepas Azri bercerai dengan pelakon Elly Suriaty.
"Saya dah kenal dia dalam lima tahun, dah lama lost contact. Tapi apabila dapat tahu dia cerai saya just contact tanya khabar dan tanya kenapa cerai selepas 19 tahun. Hubungan tu jadi rapat balik.
"Dia ajak jumpa selepas dua hari cerai tu. Tapi saya taknak sebab saya tak mahu dikatakan punca keretakan rumah tangga mereka," katanya kepada mStar.
Namun kata F, dia kemudiannya bersetuju untuk bertemu Azri.
“Ketika perjumpaan itu, Azri ada memberitahu niatnya untuk bernikah dengan saya dan membawa saya untuk pulang ke kampung halamannya berjumpa dengan makcik dan ahli keluarga lain,” katanya.
Kata F, dia agak terkejut dengan pelawaan tersebut dan menganggap ia terlalu cepat bagi seorang lelaki membuat keputusan untuk berkahwin selepas bercerai.
"Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah. Saya pun tak habis fikir lagi. Tapi saya kata benda ni baru lagi kenapa nak nikah.
"Apabila dia ajak balik kampung saya ikut je la, tujuan dia untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia... semua baik,” ujarnya.
Bagaimanapun F mengakui terkejut dan rasa dipermainkan selepas membaca berita bahawa pelakon tersebut bakal berkahwin dengan wanita lain dalam masa terdekat.
"Dia ada tunjuk perubahan sikit lepas balik dari kampung tu, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan.
"Saya undurkan diri. Sebenarnya saya terkilan juga tapi nak buat macam mana, apabila saya fikir balik itu adalah jodoh dia,” ujarnya.
Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu.
Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat.
Sumber Artikel : mStar Online