Anak dan ibu memang suara tinggi, mereka ketawa tadi pun suara tinggi, kata Ngwe Hee Sem

encik gotenks
0

"Ini hanya kes individu tapi keseluruhan orang Melaka (peniaga kedai makan dan restoran) layan pelanggan dengan baik dan bersopan santun. Harga pun berpatutan," kata Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Hal Ehwal Manusia Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Restoran 35 di Banda Hilir, di sini, susulan tular video berdurasi 51 saat antara lain memaparkan pemiliknya dikatakan kurang sopan dalam melayan pelanggan selain mengenakan harga tinggi.

Hee Sem berkata, hasil lawatan mengejut itu, beliau turut menasihati pemilik restoran supaya lebih beretika melayan pelanggan demi menjaga imej Melaka di mata pelancong.

"Sebagai Exco pengguna saya sudah nasihatkan pada peniaga supaya melayan pelanggan dengan baik dan bersopan santun.

"Saya perhatikan anak sama ibu memang suara tinggi dan masa berborak dengan mereka tadi ketawa pun dengan suara tinggi.

"Pelanggan yang sudah biasa juga ada komen di Facebook bahawa peniaga ini memang biasa suara tinggi, tapi mereka kena faham bukan semua pelanggan boleh menerima cara begitu," katanya.

Hee Sem berkata, hasil pemeriksaannya mendapati harga makanan RM280 dikenakan restoran asam pedas itu kepada pelanggan terbabit seramai 10 orang adalah berpatutan.

"Selepas melihat setiap butiran pada resit ditunjukkan peniaga, saya rasa harga tidak mahal dan berpatutan dikenakan kepada pelanggan," katanya sambil berharap pelancong luar tidak serik berkunjung ke negeri ini susulan insiden itu.

Media sebelum ini melaporkan restoran sama pernah tular apabila pekerjanya dikatakan memarahi pelanggan sehingga mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengusahanya.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)