Tindakan pemandu H parking tengah jalan kemudian santai main telefon mendapat kecaman netizen

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu hantaran yang telah dikongsikan ke group facebook Saujana Utama, Sungai Buloh memaparkan tindakan seorang wanita yang dengan selamba parking keretanya di hadapan kedai makan sehingga menganggu lalu lintas kenderaan lain yang menggunakan jalan tersebut.

Ujar netizen yang memuat naik posting tersebut, dia kecewa dengan sikap sesetengah rakyat malaysia.

Parking banyak. Tapi nak jugak park kereta kat situ (block 1 lane) semata2 sebab malas jalan atau malas nak masuk parking (masuk parking kan kena ejas2). Bukan akak ni sorang je camtu. Ramai yang perangai camni kat sojana ni.

Jika diamati dari gambar yang dimuat naik tersebut, pemilik kenderaan itu dipercayai sedang menunggu pesanannya disiapkan sambil bermain telefon tanpa menghiraukan orang lain.

Menjenguk di ruangan komen, netizen mengatakan kawasan tersebut mempunyai banyak parkir kosong dan mereka tidak faham apa yang difikirkan wanita itu yang dengan selamba parking ditepi jalan yang boleh mengganggu lalu lintas kenderaan lain.

Kalau masing-masing tahu adab dan saling menghormati hak orang lain serta ada rasa malu utk buat kesilapan mengikut tuntutan agama, senang kerja kita semua. Bahagia! Tapi malangnya.... , kata seorang netizen

Seorang netizen lain pula berkongsikan pengalamannya :-

Semalam lagi best, saya kecemasan nak parking depan klinik yg ada parking oku utk drop dan amek wheel chair sebb wife jatuh kaki terseliuh dan luka luka, dah jadi parking motor dan ada kereta bukan oku parking, sib baik anak ada dan minta mereka beredar...tapi ok la sebb mereka bagi kerjasama, terima kasih kpd mereka kerana memahami .

Namun disebalik kecaman dan kritikan dari netizen ada juga yang berfikiran positif, mungkin wanita itu mempunyai alasan tersendiri kenapa dia terpaksa parking kereta di situ.

“Mungkin ada anak dalam tu. Saya pernah buat macma ni. Tapi dah bagitau orang kedai minta buat cepat sebab baby dalam kereta.” tulis seorang netizen.

Sumber Artikel : FB Saujana Utama, Sungai Buloh

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)