Sudah berpuluh tahun berlaku, kenapa sekarang baru nak kecoh? tanya penduduk

encik gotenks
0

Penduduk di sebuah pangsapuri Taman Dato Harun di sini mendedahkan bahawa pengubahsuaian rumah di kawasan terbabit telah lama berlaku.

Penduduk, Zulhatman Syafrizal, 43, berkata, penambahan rumah itu dilakukan berpuluh tahun yang lalu, namun menjadi isu selepas ia diviralkan baru-baru ini.

“Kalau ikut penambahan rumah, semua tempat ada tambah rumah. Ia sudah berpuluh tahun berlaku.

“Kalau sekarang dibangkitkan apa isunya? Nak bangkitkan (tambah rumah cuba) pusing satu taman ini, semua tambah rumah,” katanya ketika ditemui wartawan.

Sebelum ini, tular ubah suai rumah yang dilakukan di kawasan berkenaan mengundang pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.

Netizen mempertikaikan tindakan itu yang dianggap melampau sehingga dilihat mengundang bahaya.

Zulhatman menambah, baginya, penambahan rumah oleh penduduk adalah bukan isu kerana ia tidak mengganggu orang lain,” ujarnya.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 42, pula berkata, penambahan atau penyambungan rumah oleh penduduk yang tinggal di kawasan itu bermula sekitar tahun 1990-an.

Sumber Artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)