Sekejap boleh sekejap tak boleh, anak jadi pening, sudahnya enggan sertai jamuan sekolah

encik gotenks
0

Sudah menjadi kelaziman ketika bulan syawal, pasti akan ada yang membuat rumah terbuka. Jika pergi rumah terbuka di rumah kawan/jiran semestinya tidak susah kerana tidak ada protokol, cukup kita bawa diri sudah.

Namun baru-baru ini, viral satu perkongsian di media sosial yang memaparkan sebuah majlis rumah terbuka yang memberi arahan yang bertukar-tukar pada 'last minute' sehingga membuatkan anak enggan menghadiri majlis tersebut.

50/2022

Kurta Oh Kurta

Hahahha ... Ada kisah kurta lagi ni.

Sekolah abang Otomen ada nak buat Majlis Hari Raya. Dalam surat tersebut memaklumkan pelajar lelaki perlu memakai baju Melayu lengkap sepasang dengan songkok dan sampin. Surat yang dihantar oleh cikgu pada Jumaat lepas.

Sejak 2,3 tahun ni kami dah jarang beli baju Melayu. Apatah lagi, sebelum ni kita pun tak beraya. Tahun ni juga tak balik kampung sebab temankan suami kena standby kerja. Jadinya, kami pilih kurta sahaja, dok kat rumah aje pun pada Raya pertama.

"Kena pakai baju Melayu." Ujar abang Otomen.

Beli baru ❎

Pinjam baju sepupu ✅

Isnin🌸

"Umi, cikgu cakap boleh pakai kurta. Tapi, pakai dengan seluar slack. Seluar slack tu apa Umi,?" Soal Abang Otomen sambil Google 'seluar slack'.

"Alaa, seluar yang selalu Abang pakai tu. Yang ada banyak poket tu."

Abang Otomen senyum-senyum. Teruja.

Rabu 🌸

"Umi cadang nak masak apa untuk kelas abang?"

"Macaroni goreng?"

"Banyak Umi kena masak nanti. Buat yang senang jé."

"Karipap?"

" Hah, boleh-boleh. Abang suka karipap."

* Bila tengok kat group, sumbangan parents untuk kelas ada pelbagai juadah - creampuff, cheese cake, brownies ...dan si Umi Otomen ni bagi karipap jé, old school!! Hihi

Khamis 🥺🥺

Turun dari van sekolah Abang nampak tak happy .

"Esők tak nak gi sekolah."

"Kenapa?"

Abang diam, masuk bilik.

Masa makan malam.

"Umi tau tak? Kat kelas BM tadi cikgu cakap tak boleh pakai kurta. Jadi, Abang malas nak datang."

"Laaaa, hari tu bagitau boleh."

" Entahlah, ada cikgu cakap boleh, ada cikgu cakap tak boleh."

* Boleh jé pakai uniform sekolah ...kau rasa?

Sorang-sorang pakai uniform sekolah memang akan terasa terpinggir... jadinya Umi malas nak bagi cadangan tu.

"Nak pergi sekolah tak?"

Abang geleng kepala, muka masam. Merajuk.

Jam 9:25 malam terima mesej dari guru kelas.

Baju Melayu ✅

Kurta ❎

Kenapa perlu pakai baju Melayu lengkap?

Tahu, baju Melayu baju kebangsaan. Melambangkan budaya Melayu. Boleh jé anak pakai baju Melayu cumanya pihak sekolah sahaja yang tidak tetap pendirian - sekejap boleh, sekejap tak. Last minute camni mana nak cari baju Melayu ..huhu

*Sekolah adik Otomen sempoi. Kalau nak pakai kurta, pakai dengan seluar sekolah dan kasut sekolah. Kan senang....

#coretanshaza

Sumber Artikel : FB Shaza Baharuddin

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)