Sarah Hildebrand Kesal Digelar Perempuan Sundal, Nekad Berhijrah Ke Luar Negara

encik gotenks
0

Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan baru dari pelakon berdaarah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu iaitu Sarah Hildebrand.

Umum mengetahui, pelakon berwajah pan asia ini telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni selepas tujuh tahun bergelar pelakon pada bulan april yang lalu.

Walau pun sudah undur diri dari dunia seni tanah air, pelakon bernama penuh Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand masih tetap menjadi perhatian netizen terutamanya peminatnya. Namun ada segelintir manusia yang seakan tidak berpuas hati dengannya kerana tergamak memberikan komen ceIaan kepada dia.

Baru-baru ini, menerusi Insta Story, Sarah ada memuat naik komen netizen yang memanggilnya ‘perempuan sundal’ kerana berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen.

Menerusi entri itu, Sarah juga nekad untuk meninggalkan Malaysia untuk memulakan kehidupan baru di Amerika Syarikat dan tidak akan kembali lagi.

Malah, Sarah jjuga turut meluahkan rasa kesal apabila komen tersebut datangnya daripada seorang yang beragama Islam.

Dalam satu entri di Instagram, Sarah berkata dia merasakan sangat bertuah kerana diberi peluang untuk berhijrah untuk memulakan kehidupan baru.

Sarah juga berharap suatu hari nanti mentaliti rakyat akan berubah serta berharap Malaysia akan menjadi sebuah negara lebih sihat.

Untuk rekod, Sarah pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan untuk tidak bertudung pada Oktober 2020 selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)