Netizen kecam spesies B40 kayangan, ubah suai meIampau rumah pangsapuri

encik gotenks
0

Ubah suai melampau rumah pangsapuri di sekitar Taman Datuk Harun, di sini, mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Berdasarkan gambar tular, rumah aras bawah membuat pengubahsuaian malah lebih mengejutkan ada rumah di tingkat satu turut berbuat perkara sama.

Netizen mempertikaikan tindakan itu yang dianggap melampau sehingga dilihat mengundang bahaya.

Ada penduduk yang mengakui pengubahsuaian itu dibuat sejak belasan tahun tanpa sebarang pelan.

"Kebanyakan rumah di kawasan Taman Datuk Harun ini melakukan pengubahsuaian seperti ini… boleh tengok sendiri.

"Memang pengubahsuaian dibuat tanpa pelan, namun setakat ini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya yang enggan mendedahkan identiti.

Tinjauan mendedahkan memang ada kebenaran berhubung dakwaan penduduk terbabit kerana kebanyakan rumah di aras bawah melakukan pengubahsuaian.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, pihaknya memandang serius terhadap kerja ubahsuai kediaman.

Katanya, MBPJ juga tidak teragak agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah yang melakukan pengubahsuaian tanpa mendapat kelulusan.

"Pada masa sama binaan tambahan dan struktur binaan yang dibina boleh dirobohkan kerana tiada kelulusan.

"Tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan bakal mendatangkan pelbagai risiko yang tidak diingini sekali gus mengganggu ketenteraman awam dan akan menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) sebarang kerja pembinaan untuk mengubah suai dan membuat binaan tambahan kepada struktur bangunan yang sedia ada perlu mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

Tambahnya, jika gagal mematuhinya, tindakan perundangan akan diambil sehingga perobohan dijalankan.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)