Netizen kecam harga tiket konsert 'harga yahudi', Aina Abdul rasa tak adil bandingkannya dengan nama besar besar lain

encik gotenks
0

Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi bersuara merdu Aina Abdul akan mengadakan konsert yang julung kali akan diadakan pada bulan jun nanti. Namun disebalik debaran menanti hari bersejarah tersebut, ada cakap-cakap belakang kurang manis didengar yang mendakwa harga tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 terlalu mahal.

Seperti yang dipetik dari portal OhBulan!, Aina akui ledakan kemarahan gara-gara harga tiket tidak masuk akal turut memberi impak pada dirinya.

Bagaimanapun kata penyanyi bervokal mantap ini, seharusnya tidak timbul isu yang mengatakan dia baru 12 tahun dalam dunia nyanyian.

Benda ini jadi persoalan dan netizen marah dengan saya, sebab letak harga begitu. Mereka kaitkan dengan value saya sebagai penyanyi, berapa lama dalam industri dan compare figura-figura saya idolakan.

Saya rasa macam comparison itu tidak adil! Saya percaya value itu tak patut diukur dengan berapa lama dalam industri. Sebahagian dalam diri, saya nak prove them wrong.. bukan kerana berapa lama kamu dalam industri.

Aina berkata demikian ketika majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, pada Rabu.

Walaupun menerima pelbagai dugaan dan cabaran, namun Aina Abdul tidak mahu ambil peduli dengan mulut netizen. Namun, dia juga orang biasa, kadang-kala kecaman tersebut ada mengganggu mentalnya juga.

For me, tak kisah apa orang cakap, tapi lama-lama benda tu makan diri saya sikit. Cabaran itu adalah untuk menjawab soalan-soalan itu.

Dan bagaimana saya nak bagi point jawapan tu tak bagi kesan dekat saya.. Tapi kadang-kadang, ia beri kesan saya mentally.

Difahamkan, jualan tiket A Night with Aina Abdul 2.0 menerima sambutan positif dan sudah dijual lebih 85 peratus.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket A Night with Aina Abdul 2.0 dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

Sumber: Instgaram @ainaabdul

Sumber Artikel : Oh!Bulan

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)