Saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa air panas yang tertvmpah pada remaja kelainan upaya (OKU) hingga mengakibatkan kecedeeraan bukan daripada termos.
Yasmin, 19, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Zilfinas Abbas pada sesi pemeriksaan semula berkata, air panas yang membuatkan Bella meIecur berpunca daripada mesin penapis air Cuckoo.
Zilfinas: Semalam peguam bela ada menyatakan berkaitan air panas termos. Isu ini ditimbulkan ketika pemeriksaan balas Yasmin. Dalam pemeriksaan utama Yasmin cakap air panas dari mesin Cuckoo. Peguam bela mencadangkan air panas daripada termos. Yasmin menjawab tidak bersetuju. Boleh Yasmin jelaskan air panas ini dari mana?
Yasmin: Sebenarnya air panas ini daripada Cuckoo bukan termos.
Zilfinas: Lepas itu peguam bela Hafizah ada merujuk kepada dua laporan polis Yasmin. Bila peguam tanya berkenaan air panas tertuumpah daripada termos di bilik laundry. Yasmin setuju. Boleh Yasmin jelaskan?
Yasmin: Bukan, air panas itu tertumpah pada tangan Bella. Maksudnya itu (air panas) tak ada di termos itu.
Zilfinas: Kenapa Yasmin setuju? Boleh jelaskan?
Yasmin: Yasmin setuju sebab ada termos di bilik itu, bukannya sebab air panas yang terdapat dalam termos.
Ketika disoal balas oleh peguam bela, Nurul Hafidzah Hassan, saksi itu memberitahu mahkamah tumpahan berkenaan berlaku ketika Bella bergaaduh dengan seorang lagi penghuni Rumah Bonda bernama Balqis.
Saksi kelima pendakwaan itu selesai memberi keterangan hari ini dan akan dipanggil semula untuk membuat pengecaman terhadap saksi-saksi lain.
Perbicaraan bersambung semula pada 2.30 petang ini dengan pihak pendakwa akan memanggil seorang lagi saksi awam iaitu Suhana Zam.
Semalam, saksi berkenaan menyatakan kecedeeraan meIecur pada tubuh Bella adalah disebabkan air panas daripada penapis air Cuckoo, namun saksi itu memberitahu Iecuran berkenaan adalah disebabkan tuumpahan air panas daripada termos.
Sumber Artikel : Harian Metro