Baru-baru ini bapa kepada arwah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah pernah menyatakan impiannya untuk bertemu dengan seseorang yang mirip dengan anaknya itu. Akhirnya impian Raisuddin menjadi satu kenyataan apabila dia telah dipertemukan dengan wanita yang sebijik seiras arwah Siti Sarah dalam satu majlis sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di instagram @suciuwais, isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik rakaman video suaminya bertemu dengan wanita bernama Emy dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana sanggup meluangkan masa bersama mereka.
"Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.
“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.
“Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” katanya.
Dapat dilihat pada video itu, Raisuddin terkejut apabila melihat wajah wanita itu kerana hampir mirip dengan arwah anaknya.
Perkongsian Fatimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebak melihat video tersebut dan ramai mengakui wanita itu seiras dengan arwah Sarah.
Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat C0vid-19.
Allahyarham menjalani pembeedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber Artikel : mStar online