Siapa saja yang tidak kenal dengan selebriti yang juga ikon fesyen terkenal tanah air iaitu Wak Doyok. Namun mesti ramai yang terkejut walaupun kini sudah berusia 42 tahun, dia masih lagi bergelar bujang dan berstatus solo.
Baru-baru ini Wak Doyok ada meluahkan alasan kenapa dia masih tidak terkejar-kejar untuk mencari pasangan hidup.
Pemegang nama penuh Mohd Azwan Md Nor berkata dia kini bahagia bersama ibunya dan belum dikurniakan rezeki untuk berkahwin lagi.
Baru-baru ini, menerusi video pendek di TikTok @majalahnona, Wak bersama ibu tercinta ada berkongsi serba sedikit wanita yang diimpikan menjadi menantunya.
Dalam temubual tersebut, ibunya berharap agar Wak Doyok bertemu jodoh dengan anak dara dan menolak wanita berstatus janda.
“Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia tetap makcik tak nak!” kata ibu Wak Doyok.
Ketawa mendengar jawapan ibunya itu, Wak berkata tiada siapa tahu mengenai soal jodoh kerana itu adalah rahsia Allah.
“Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya nak kahwin. Tapi susah kan? Kalau jodoh kita tak tahu,” kata Wak.
Terdahulu, Wak berkata dia mahukan bakal isteri yang bersedia untuk tinggal bersama mentua. Wak juga mendedahkan dia pernah dijodohkan dengan seorang cikgu namun disebabkan terlalu sibuk dengan kerja hasrat untuk berkahwin terpaksa dilupakan.
Sumber Artikel : Rotikaya