Pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Harris Mohd Ismail atau PU Riz tidak bercadang untuk mewujudkan akaun media sosial iaitu Instagram buat anak mereka, Muhammad Bilal.
Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, kebanyakan yang dikongsi oleh peminat adalah dimuat naik semula atau 'repost' daripada Instagram Story miliknya.
"Wujudkan Instagram, tak. Kalau ada sekarang ini ia bukan yang rasmi daripada kita. Setakat hari ini belum lagi. Kebanyakan peminat saja yang 'repost'," katanya.
Pada masa sama, bekas pengacara program MeleTOP itu berkongsi anaknya ada mendapat tawaran menjadi duta produk.
"Ada jenama yang tawarkan untuk menjadi duta, tapi bukan jenama 'baby'. Namun, mungkin ada perkara yang kurang sesuai. Jadi kita pun tak ada apa-apa yang teruskan lagi. Kalau ada yang sesuai, kena berbincang dengan suami dan tengok keadaan macam mana," katanya.
Ditanya bilakah wajah Muhammad Bilal akan ditunjukkan kepada umum, Neelofa berkata, masanya pasti akan tiba.
"Macam suami saya cakap, satu hari nanti akan dilihat juga. Kita pun ada aktviti luar dan sebagainya. Cuma, buat masa sekarang kita nak bagi ruang anak kecil itu membesar dulu. Bagi kuat dulu, luar dan dalaman," katanya.
Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan.
Sumber : Harian Metro